About this role
Jawatan: Pembantu Pembersihan Pejabat (Office Cleaner / Housekeeper)
Lokasi: Jalan Meru, Klang
Jenis Pekerjaan: Sepenuh Masa
Skop Kerja
-
Membersihkan kawasan pejabat termasuk ruang kerja, bilik mesyuarat, pantri, tandas, dan kawasan umum.
-
Menyapu, mengemop, mengelap habuk, dan mengosongkan tong sampah setiap hari.
-
Memastikan tandas sentiasa bersih serta mencukupi bekalan seperti tisu, sabun, dan bahan pencuci.
-
Membersihkan cermin, tingkap, pintu, dan permukaan lain mengikut jadual yang ditetapkan.
-
Menjaga kebersihan pantri termasuk mencuci cawan, pinggan, dan peralatan dapur jika diperlukan.
-
Menyusun dan menyimpan peralatan serta bahan pencuci dengan kemas dan selamat.
-
Melaporkan sebarang kerosakan atau kekurangan bekalan kepada penyelia.
-
Memastikan semua tugasan pembersihan diselesaikan mengikut standard syarikat.
-
Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
Kelayakan
-
Tiada pengalaman diperlukan; latihan akan disediakan.
-
Pengalaman dalam kerja pembersihan adalah satu kelebihan.
-
Bertanggungjawab, jujur, rajin, dan menepati masa.
-
Mampu bekerja secara berdikari dan juga dalam pasukan.
-
Sihat tubuh badan dan mampu melakukan kerja-kerja fizikal.